Selepas beberapa berita khabar angin mengenai Samsung Galaxy Note 3
yang dikatakan akan dilancarkan dengan skrin paparan Super AMOLED
fleksible. Akhirnya kami mendapat satu berita daripada Korea Selatan
yang menyatakan bahawa berita ini mungkin akan menjadi kenyataan.
Pengeluaran bagi skrin fleksible ini dikatakan akan dimulakan pada bulan
Ogos dengan pelancaran rasmi model ini akan diadakan pada bulan
September.
Laporan tersebut juga menyatakan sebab-sebab Samsung untuk
memperkenalkan satu revolusi baru didalam peranti mereka yang terkini.
Pertama, Samsung perlu memperkenalkan satu model baru yang menarik
perhatian selepas penjualan Samsung Galaxy S4 yang tidak mencapai
sasaran ditetapkan. Kedua, pengeluar telefon pintar yang juga
berpangkalan di Korea Selatan. LG, kini dikatakan adalah pencabar kepada
Samsung selepas syarikat itu dilaporkan sedang membangunkan satu model
telefon pintar yang dilengkapi dengan skrin paparan fleksible.
Selain itu, Sony dan HTC juga akan memperkenalkan model mereka yang boleh dikatakan akan mencabar penjualan Galaxy Note 3. Sony akan tampil dengan Xperia Z Ultra
manakala HTC dengan model One Max (T6) mereka yang tersendiri. Dengan
ini boleh dikatakan Samsung harus perkenalkan satu peranti yang
merevolusikan teknologi sekaligus menarik perhatian pengguna kepada
generasi terbaru Galaxy Note ini. Jika ini menjadi kenyataan, Samsung
Galaxy Note 3 akan menjadi peranti pertama didunia dengan skrin paparan
fleksible dengan syarat LG tidak melancarkan model telefon pintar dengan
skrin paparan fleksiblenya terlebih dahulu.
Phablet ini dijangka akan dilengkapi dengan Android 4.2.2 Jelly Bean.
Namun, selepas banyak laporan mengatakan yang Android 4.3 akan
dilancarkan pada July, Galaxy Note 3 mungkin akan dilancarkan dengan
sistem operasi Android yang terkini.



Post a Comment